CARIAN PILIHAN


Thursday 4 April 2019

Saham Akhirat : Mohon Dana untuk Dewan Sekolah Agama




Assalamualaikum.

Sebuah Sekolah Agama di Tangkak memerlukan kutipan untuk membuat dewan tertutup.
Dana yang diperlukan untuk membina dewan tertutup itu ialah RM 400000++. Sekarang ini dewan tersebut masih lagi menjadi sebagai dewan terbuka sementara menunggu dana untuk membuat dewan tertutup. Untuk maklumat sahabat semua sekolah ini tidak mempunyai dewan dan hanya mempunyai dataran tanpa bumbung dan tapak dewan tertutup yang akan dibuat sebelum ini digunakan untuk aktiviti sukan anak-anak sekolah agama tersebut. Dewan terbuka tersebut dibina dengan harga RM 137ribu iaitu RM 100000 Disumbangkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda merupakan seorang Raja yang amat prihatin terhadap kebajikan Rakyat Johor. Dan selebihnya dicari dananya dari pelbagai sumber. 





Jika anda ingin menderma , diatas ini adalah maklumat akaun bank tabung tersebut.
Jika ingin maklumat lebih lanjut bolehlah contact Ustaz yg tercatit dalam image diatas.
Ini serba sedikit maklumat tentang sekolah agama ini










Sekolah ini ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sekolah ini diletakkan batu asasnya pada 28 Februari 2003 oleh Menteri Besar Johor Yab. Dato Haji Abdul Ghani Bin Othman dan juga dirasmikan pembukaannya pada 24 Ogos 2007.

Jika sesiapa yang bermurah hati ataupun ingin menambah saham akhirat bolehlah membantu serba sedikit untuk pembangunan dewan dan anak-anak di Sekolah ini. Setiap aktiviti sekolah yang dilakukan oleh anak-anak sekolah agama ini InshaAllah akan menjadi saham akhirat anda walaupun anda telah tiada kelak. Selagi dewan ini digunakan selagi itulah pahalanya akan sentiasa mengalir untuk anda mahupun ibu bapa kita yang telah pergi.

Dengan Akhir Kalam
Assalamualaikum