CARIAN PILIHAN


Wednesday 4 July 2018

Perumahan : Pakej Pinjaman yang biasa Ditawarkan Institut Kewangan. Part 6




Lain Institusi Kewangan lain pakej yang ditawarkan

Pinjaman Berjangka
– Pinjaman dengan kadar bayaran ansuran bulanan yang tetap untuk tempoh tertentu, misalnya 
   selama 30 tahun.
– Bayaran ansuran merangkumi jumlah pokok dan faedah yang dikenakan

Kemudahan Overdraf

– Kemudahan kredit yang boleh digunakan bila-bila masa berdasarkan had kredit yang telah
   ditentukan
– Bayaran ansuran bulanan tidak ditetapkan tetapi faedah dikira berdasarkan baki harian
– Keperluan membayar balik pinjaman adalah fleksibel dan peminjam bebas untuk menggunakan
   semula kemudahan pinjaman yang telah dibayar balik.
– Faedah yang dikenakan adalah biasanya lebih tinggi daripada pinjaman berjangka.

Kombinasi Pinjaman Berjangka dan Kemudahan Overdraf

– Kemudahan yang menggabungkan pinjaman berjangka dan overdraf. Sebagai contoh, 70% diberi
   sebagai pinjaman berjangka dan 30% sebagai overdraf
– Bahagian pinjaman berjangka perlu dibayar balik
– Pembayaran balik overdraf diberi kefleksibelan

PENGIRAAN KADAR FAEDAH BERASASKAN BAKI HARIAN BERBANDING DENGAN BAKI BULANAN.

Bergantung kepada produk yang ditawarkan, institusi kewangan mungkin mengenakan
kadar faedah yang dikira berasaskan baki harian atau baki bulanan. Bagi yang berasaskan baki harian, kadar faedah dikira setiap hari manakala yang berasaskan baki bulanan, faedah dikira sebulan sekali
berasaskan kepada baki pada bulan lepas. Dalam kedua-dua keadaan, jumlah pinjaman pokok akan dapat dikurangkan setiap kali pembayaran ansuran dibuat.